Thursday, December 9, 2010

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2




Student Portal :

"Attention to all Students !!
Final Examination Results for Semester 1 2010/2011 will be sent through email to all students on 10th Dec 2010. The Final Examination Result can also be accessed beginning 9.00 am, 10th Dec 2010
."


Translate :
Perhatian kepada semua pelajar !!
Keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 2010/2011 akan dihantar melalui email kepada semua pelajar pada 10 Disember 2010. Keputusan Peperiksaan Akhir ini juga boleh disemak bermula pada jam 9.00 pagi, 10 Disember 2010.



Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila layari student portal UiTM. Klik Di sini

Good luck guys ! ;)




Sunday, October 31, 2010

SEMALAM BERSAMA PENGLIPURLARA

Time : 8.15 PM - 12.00 PM
Location : Dewan Serbaguna







Assalamualaikum ..
Satu persembahan lakonan telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej pada 29 Oktober 2010 sebagai peperiksaan akhir kelas Lanjutan Seni Lakon. Dari aspek latihan sehinggalah kepada kerja-kerja pengurusan telah diuruskan oleh kami sendiri. Walaubagaimanapun, ketika hari persembahan dua orang pelajar pengurusan seni semester 1 turut membantu untuk menguruskan audio dalam lakonan. Selain itu apa yang menariknya, walaupun pada waktu tersebut ramai pelajar telah pulang ke kampung namun ruangan duduk masih tidak mencukupi sehinggakan ada yang terpaksa menonton sambil berdiri. Terima kasih diucapkan kepada Warga Kolej Puncak Perdana !



Wednesday, April 14, 2010

MALAM POLIDRAMA

Lokasi : Studio Semerah Padi
Masa : 8.30 PM - 11.00 PM







Assalamualaikum ..
Hari ini berlangsungnya peperiksaan akhir untuk subjek Asas Seni Lakon. Persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan segalanya akan berjalan dengan lancar ketika majlis berlangsung nanti. Majlis ini telah dibantu oleh pelajar pengurusan seni dan mereka telah diketuai oleh Muhammad Ashraf Bin Jamaludin. Persembahan yang berlangsung selama 1 malam ini juga mendapat sambutan dari warga kampus dan sebagai tanda terima kasih, kupon aktiviti disediakan kepada mereka yang sudi datang menonton. Apa yang menyedihkan, masih terdapat sedikit masalah dari segi lontaran vokal dan ini telah menyukarkan para penonton untuk mendengar setiap dialog dengan jelas. Walaupun begitu, kerjasama dari pelajar pengurusan seni telah banyak membantu dan segalanya berjaya dilakukan dengan sempurna. Akhir kata, tahniah kepada semua yang terlibat !


.:: Candid Sepanjang Persembahan ::.